Musang king.

Satu Notis Pendudukan Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri yang dikeluarkan oleh pejabat Pentadbir Tanah Raub bertarikh 27 Julai 2020,” mencatatkan.
….undang-undang berdasarkan peruntukan Seksyen 425, Kanun Tanah Negara 1965.

“Jika disabitkan kesalahan pihak berkenaan (penceroboh) boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,”

Namun pada perenggan ke 3…

“PENTADBIRAN INI TIDAK BERHASRAT UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN MENGIKUT KUAT KUASAAN SESYEN TERSEBUT TETAPI ADALAH MEMADAI SEBALIKNYA JIKA TUAN SENDIRI BERHENTI MENGUSAHAKAN / MEMUSNAHKN BINAAN (JIKA ADA) DAN HENDAKLAH MENINGGALKAN KAWASAN ITU DALAM TEMPOH 30 HARI DARIPADA NOTIS INI DIKELUARKAN”

Lalu ketawa sakanlah para pengkhianat….

Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail mendapat tahi atas perbuatan algojo² sebelumnya. Amat mustahil peneroka haram (?) lebih 4,000 hektar terlalu lepas bebas menebang balak, memunggah keluar harta jutaan ringgit, di ganti dengan Durian Musang King atau sebagainya. Sudah puluhan tahun sekupang haram pun tidak bercukai tanah apa lagi pendapatan berjuta RM. Makcik Kiah bangsa Melayu terkial kial menjual ulam ulaman di pekan hari bandar Raub mencari sepuluh dua duit belanja… Panas matahari, kekadang hujan… Peritnya tidak di bantu.

Selain peneroka bangsa dap yang sekarang di peluk mca, siapa manusia² laknat lagi khianat?
Siapa Pegawai Daerah, siapa pegawai pejabat tanah, siapa pegawai hutan, siapa kakitangan yang bertanggung jawab, siapa Adun dan MP nya. Pedulikan apa bendera, bangsa dan warnanya. Dedahkan sehingga manusia² khianat ini di kenali sebagai penjarah bangsa.

Jika bekas tentera Melayu di denda RM50 ribu dek kerana pencerobohan hutan, berapa batang balak yang di pikul keluar? Bagaimana tindakan kepada peneroka Musang King ini? Di mana hasil masghul hutan di tukar kepada RM, lalu menghisap hasil puluhan tahun, sedangkan anak cucu datuk Bahaman, Mat Kilau dan lain² sekadar di kenang sebagai pahlawan, barangkali tidak bertanah puluhan ekar.

Simpati kepada MB Datuk Wan Rosdi mendapat miang, rebung di ambil orang. Sakitnya MB, kenyang terbelahak manusia² khianat.

Bangsawan dan umarak, kalian akan di hadapkan di hadapan Raja sebenar Raja… Menjawablah perbuatan khianat kalian.

Hassan Tsabitt II

KepatuhanHanyaYangHaq

020920

Leave a comment